Selasa, Jun 30, 2009

Peristiwa 13 Mei 1969


Mayat tanpa kepala


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku
.

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi Pada 13 Mei 1969 perarakan kemenangan pihak pembangkang telah dijalankan. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

  • Melayu : 86 orang
  • Cina : 342 orang
  • Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".


Berita lanjut sila lihat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Zaman Jepun

Empayar Jepun bermula di Tanah Melayu dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Sesetengah gambar, tarikh tidak dapat ditentukan.

Tentera Jepun memasuki Petaling Street, Kuala Lumpur pada 12 Januari 1942.
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles


Pihak Inggeris menyerah kalah kepada pihak Jepun
Dalam gambar kelihatan
Lt. Jeneral A.E. Perceval


Kaedah serangan tentera Jepun


Pesawat A6M Zero tentera laut Jepun dari Flotia Udara ke-22 di Lapangan Terbang Kota Bharu selepas penawanannya.



Lockheed Hudson Mk V


Peta kemaraan tentera Jepun


Tentera Jepun menawan penduduk Cina

Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu

Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun ( di gelar Singa Malaya ).


(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.

Askar Melayu pertama. Sedang membuat latihan.

Tidak berapa lama sebelum serangan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.

Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Isnin, Jun 29, 2009

Bukit Frasers

Bukit Frasers ketika mula dibuka kepada awam pada 1922

Bukit Frasers mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraseryang membuka lombong bijih timah di situ pada 1890-an sebelum beliau dilaporkan hilang secara misteri pada 1900.

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan berkonsepkan `Little England' yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia.

Terletak kira-kira 104 kilometer atau kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Bukit Fraser merupakan sebahagian daripada daerah Raub, Pahang.

Konsep itu adalah bertunjangkan lebih 10 banglo lama tinggalan penjajah Inggeris sejak Bukit Fraser dibuka kepada awam pada 1922. Lima tahun sebelum itu Bukit Fraser adalah kawasan peranginan eksklusif untuk ekspatriat British.

Pengunjung boleh sampai ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baharu, Selangor atau melalui Raub.


Bukit Frasers sekarang. Diambil pada 14 Jun 2009