Isnin, Jun 29, 2009

Bukit Frasers

Bukit Frasers ketika mula dibuka kepada awam pada 1922

Bukit Frasers mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraseryang membuka lombong bijih timah di situ pada 1890-an sebelum beliau dilaporkan hilang secara misteri pada 1900.

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan berkonsepkan `Little England' yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia.

Terletak kira-kira 104 kilometer atau kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Bukit Fraser merupakan sebahagian daripada daerah Raub, Pahang.

Konsep itu adalah bertunjangkan lebih 10 banglo lama tinggalan penjajah Inggeris sejak Bukit Fraser dibuka kepada awam pada 1922. Lima tahun sebelum itu Bukit Fraser adalah kawasan peranginan eksklusif untuk ekspatriat British.

Pengunjung boleh sampai ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baharu, Selangor atau melalui Raub.


Bukit Frasers sekarang. Diambil pada 14 Jun 2009

1 ulasan: