Sabtu, Julai 04, 2009

PKM dan Darurat 1948-1960

Parti Komunis Malaya PKM telah ditubuhkan pada 1930
- Pemberontakan bersenjata pada 1948.
- Tamat pemberontakan pada 2 Disember 1989,
melalui Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai)



Communist Terrorists (CTs).
This photograph was discovered amongst the personal possessions of a Mayalan Communist.
(Photograph courtesy of Roy Follows)

Tentera memburu komunis di kampung-kampung baru 1948 -1960.

Dua orang pengganas komunis (wanita) yang ditembak mati oleh pasukan
keselamatan pada 10 Oktober 1973 di Kanowit Sarawak.

Anggota Komunis yang berjaya dibunuh oleh Askar Melayu
dalam pertempuran di Gubir 15 Julai 1976



Penglibatan kaum wanita

Anggota Komunis Wanita

Pasukan Keselamatan telah berjaya menangkap 6 orang anggota
komunis wanita di Kuala Langat pada 3 Mac 1953.


Rundingan Baling 1955

Surat Chen Peng kepada Tunku Abdul Rahman

Chin Peng setibanya di Baling.

Bergambar sebelum memulakan rundingan.

Rundingan Baling 28 - 29 Disember 1955 di Sekolah Rendah Baling , Baling, Kedah
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Anggota Komunis dikawal oleh pengawal keselamatan.

Rundingan gagal.

Tunku, Paul Marshall dan Tun Tan Cheng Lock ketika menghadiri Rundingan Baling bersama pemimpin MCP pada 28 Disember 1953.

Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

Pejabat PKM

Persiapan anggota Komunis untuk melancarkan pemberontakan ke dua.


Kain rentang untuk menaikkan semangat anggota komunis.

Bantahan fahaman Komunis oleh kaum Cina.

Bantahan Rakyat.



Bantahan fahaman Komunis.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.


Sumber
http://www.psywar.org/malaya.php

Darurat 1948-1960

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Punca Darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Punca Darurat.

Bas diletup menggunakan granede.

Cubaan melumpuhkan sistem perhubungan.

Pekebun getah juga sering menjadi sasaran komunis.

Kerajaan British menganggap PKM sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasai patut.

Orang ramai yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka akan diseksa hingga mati.

Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan. Chin Peng sebagai ketua yang baru, membuat gerakan bersenjata dimullai dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk 1 orang penolong pengurus, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

http://news.bbc.co.uk/onthisday

1951: Murder on Malay rubber estate
Anti-government rebels have ambushed and killed 11 people in an attack on a rubber plantation in Malaya.

The dead include a London director visiting the area, the manager of the estate and nine special constables on a foot inspection.

The attack is the latest in a long campaign by Communist forces opposed to British control of the Federation of Malaya.

It began with the murder of three British rubber planters in June 1948 - which led to the British declaring a state of emergency.

Campaign of intimidation

There have been more terror attacks in the Malay peninsula in the past few weeks than at any time since 1948.

On average, about 100 police officers have been killed every month this year.

The guerrillas' latest tactics include threatening to nail rubber tappers to the trees unless they go on strike.

Work on over 50,000 acres (202 square kilometres) of estates has now stopped - representing a daily loss of about 60,000 lbs (27,216 kg) of rubber.

Most of the estates affected are in the south-western states of Negri Sembilan and Malacca.

British plan failed

Workers on four other estates have defied the Communists and returned to work after they were given increased protection from security forces.

Intimidation by the rebels has led to problems recruiting labour to work on the plantations, even for higher wages in areas prone to attack.

Soldiers are providing protection for the rubber tappers

This latest surge in guerrilla activity suggests the BritisJajarkan ke Tengahh government's expensive Briggs plan has failed.

The scheme - which has also proved very unpopular with locals - involved moving many of them from their jungle homes to new villages in areas more easily protected from the rebels.

It seems clear many local people are still afraid to co-operate with the security forces for fear of reprisals from the guerrillas


Langkah-langkah Mengatasi Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya termasuk:

  1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
  2. Sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
  3. Hukuman bunuh untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun.

Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:

  1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
  2. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di kawasan baru untuk menempatkan orang Cina.
Menyediakan makanan untuk penduduk kampong baru, dikawal supaya tidak terlepas ke tangan komunis.

Anggota keselamatan sedang memerhatikan pengagihan makanan
di kampung-kampung baru.

Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila adalah tipis.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya, seperti Min Yuen.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.

Memperkenalkan Kawasan Putih dan Kawasan Hitam.


2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
Kad catuan makanan. Bagi mengelakkan bekalan disalurkan kepada pihak komunis.

4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).

Kawalan ketenteraan diperketatkan.

Pengganas komunis Ah Peng ditembak mati oleh anggota keselamatan.

5. Memperkenalkan ISA.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.

Gerakan Kelaparan yang dijalankan oleh kerajaan telah menyebabkan
dua orang anggota komunis, Kim Fook (kiri) dan Lim Kong (kanan) menyerah
diri di Kepong, Selangor pada 12 Januari 1955.


7. Perang Saraf
Risalah-risalah yang diedarkan bagi melemahkan semangat anggota Komunis.



A Mark 4 RAF Auster menggugurkan risalah di dalam hutan.


A Royal Air Force Valetta menggugurkan risalah dari 4000 kaki di udara.













8. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.

Home Guard Wanita.

Latihan menembak di Kelantan 1953

Home Guard Melayu.

Pasukan Home Guard di Kuala Kechau, Pahang

Home Guard Cina
.

Pasukan Pengawal Kampung Tanjung Malim bertugas di satu sekatan jalan raya, Ogos 1952

Pihak tentera sedang melakukan rondaan.

9. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Komunis tewas..

Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu



Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950


Sempat bergambar sebelum diserang Komunis.

Anggota keselamatan yang terkorban.

Kemusnahan Balai Bukit Kepong.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong23 Februari 1950. diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah) dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23 Februari 1950. Sumber anakmuar.com

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal Jidin Omar
  4. Konstabel Hassan Osman
  5. Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Konstabel Jaafar Hassan
  7. Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Konstabel Marin Awang Ali
  12. Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng

7 ulasan:

  1. satu lipatan sejarah yg mesti di ulang ulang pemberitahuannya ...boleh saya share tuan

    BalasPadam
  2. Bukit kepung di serang tahun 1950 sebelum merdeka masih dibawah british. erm patut la...........

    BalasPadam
  3. jahatnya pkm
    saya harap benda ni x ka n b'ulang lg

    BalasPadam
  4. I downloaded Photograph courtesy of Roy Follows in your blog,any breach of copyright can refer to Wongcc2011@hotmail,com

    BalasPadam
  5. i downloaded a Photograph courtesy of Roy Follows.Any breach of copyright can contact me at Wongcc2011@hotmail.com

    BalasPadam
  6. i've downloaded ur photos for my assignment work. if there's any breach of copyright, contact me via email.

    BalasPadam
  7. Wow!, 5 orang belum tentu dibunuh pihak komunis, penguasa langsung sebar perintah, 500.000 komunis langsung dibantai.
    sebenernya siapa sih yang biadab om??,
    Penguasa kah?, Rakyat kah?,
    saya memang bukan komunis, tapi mungkin saya berat untuk mengangkat senjata saya, karena bagamana pun juga saya lihat mereka masih satu bangsa dengan kita.
    guru saya pernah bilang ada yg lebih Berbahaya dari senjata yaitu Media, cakap guru saye dari melayu, karena jika berita yg belum tentu benar, tapi tersebarnya berita di media terus menerus, lama kelamaan rakyat bisa jadi percaya.
    dan sekarang saya mulai dewasa mulai bingung dengan buku sejarah sd, smp, sma, mereka seperti dipaksa untuk menyebut para Algojo yang sudah bantai bangsanya sendiri sebagai heroik??,

    BalasPadam